by

Robozeta cipta sejarah dilamar stesen antarabangsa

News Sources:

PETALING JAYA: Sebuah lagi produk animasi tempatan mencipta sejarah apabila dilamar sebuah stesen televisyen antarabangsa.

Diproduksikan syarikat Red Circle Studio Sdn. Bhd., Robozeta merupakan siri animasi baharu yang turut mempunyai potensi seperti Ejen Ali, Upin & Ipin mahupun BoBoiBoy.

Pengarah Robozeta, Muhammad Dzahiruddin Ahmad Zabidi berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu memandangkan Robozeta merupakan satu jenama animasi baharu yang belum mempunyai pengikutnya sendiri.

“Sebuah syarikat penyiaran TV popular antarabangsa amat berminat untuk menjadikan Robozeta sebagai salah satu program siarannya. Bagaimanapun ketika ini kami masih terikat dengan kontrak bersama pihak Astro Ceria,” katanya.

TENAGA produksi Robozeta mengambil inisiatif sendiri menghubungi syarikat penyiaran dan stesen TV antarabangsa untuk menguji sejauh mana Robozeta mampu mengembangkan pengaruhnya.

Tambah Dzahiruddin, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi syarikat penyiaran dan stesen TV antarabangsa untuk menguji sejauh mana Robozeta mampu mengembangkan pengaruhnya sebagai program kanak-kanak yang relevan untuk tontonan dunia.

“Oleh kerana dunia dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, Red Circle Studio terpanggil mengintai peluang mendekati syarikat penyiaran dan pengedar program antarabangsa untuk melihat sejauh mana Robozeta ini mampu diterima negara luar.

“Dengan cara itu, secara tidak langsung mewujudkan hubungan dua hala yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Tambahan pula, ketika ini banyak kerja-kerja produksi tergendala akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak stesen TV ketandusan bahan siaran kerana tiada program baharu. Syarikat penerbitan antarabangsa sememangnya mengalu-alukan kandungan progrom dari luar, bagi menampung kekosongan yang ada,” katanya yang turut menjelaskan Robozeta turut dibangunkan melalui dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Berdurasi selama 22 minit, Robozeta adalah siri animasi 3D berbahasa Melayu dan bergenre aksi komedi. – UTUSAN ONLINE

The post Robozeta cipta sejarah dilamar stesen antarabangsa appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed