by

Rogol murid tahun enam: Reman 10 remaja dilanjutkan

News Sources:

KEMAMAN: Perintah tahan reman kesemua 10 remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol murid tahun enam di dua buah rumah di daerah ini dilanjutkan empat hari lagi, bermula esok.

Perintah itu dikeluarkan  Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali di sini hari ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, suspek yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun tiba di pekarangan mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9.24 pagi. 

Kesemua mereka ditahan reman lima hari bermula Rabu lepas. 

Dalam kejadian pada 6 hingga 7 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol 10 lelaki termasuk seorang kenalannya yang baru dikenali dua hari menerusi aplikasi WhatsApp. 

Kejadian terbongkar selepas mangsa yang tidak pulang ke rumah selama dua hari, didesak ahli keluarganya menceritakan keadaan sebenar sebelum membuat laporan polis. 

Hasil pemeriksaan di Hospital Kemaman  mengesahkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa. – UTUSAN ONLINE

 

The post Rogol murid tahun enam: Reman 10 remaja dilanjutkan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed