by

Rugi RM15,000 peralatan rumah, pakaian rosak

News Sources:

JOHOR BAHRU: Sebuah keluarga di Kampung Sepakat Baru, Skudai di sini mengalami kerugian lebih RM15,000 apabila rumah mereka ditenggelami banjir dalam kejadian baru-baru ini.

Muhammad Saifudin Abdul Rahman 40, dan isterinya, Roshaslinda Makhtar, 34, menyifatkan kejadian yang dialami mereka sekeluarga ibarat mimpi buruk sambutan tahun baharu 2021.

Katanya, dalam kejadian 2 Januari lalu, rumahnya dimasuki air sehingga paras dada dan ia adalah kejadian banjir terburuk kali kedua dialami sejak 2006.

“Semua peralatan elektrik rosak, pakaian dan perabot memang tak sempat nak alih ke tempat tinggi.

“Baju, buku dan peralatan sekolah juga rosak,”katanya ketika ditemui dirumah semalam.

Muhammad Saifudin yang bekerja sebagai kontraktor bagaimana pun reda dengan apa yang berlaku kerana baginya ia ada hikmahnya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed