by

Rumah Datuk Bandar MBPP dipecah masuk, 4 diberkas

News Sources:

GEORGETOWN: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang di Jalan Park, Pulau Tikus  semalam.

Jenayah itu berjaya  diselesaikan dalam tempoh 24 jam susulan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menahan suspek-suspek  termasuk dua beradik berusia 27 hingga 37 tahun di sekitar Bagan Ajam, Butterworth pada pukul 10.15 pagi semalam.

Kejadian pecah masuk itu disedari ahli keluarga Datuk Bandar pada jam 9 pagi selepas mendapati ruang atas dan bawah rumah tersebut berselerak.

Pemeriksaan mendapati komputer riba, beg jenama Louis Vuitton, telefon bimbit, mata wang asing berjumlah RM5,000, serta sebuah kereta Honda CRV hilang.

Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati ada kelibat lelaki memasuki kediaman dua tingkat itu pada jam 5 pagi.

Bertindak atas risikan, polis menahan empat lelaki di sekitar Butterworth untuk disiasat.

Difahamkan tiga daripada suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan mengesahkan kejadian dan tangkapan empat suspek berkenaan.

Beliau berkata, polis juga berjaya merampas semula sebahagian daripada barang yang dilarikan kumpulan itu.

“Buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut kerana kita masih mengesan saki baki suspek serta barang kes,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379A akta yang sama. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed