by

Rumah jadi transit barang seludup

News Sources:

RANTAU PANJANG: Kegiatan lelaki menjadikan rumahnya di Kampung Tebing Sungai, di sini sebagai pusat transit barangan seludup terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa awal pagi semalam.

Serbuan pada pukul 1 pagi itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu yang kini mengambil alih penugasan mengawal sempadan Kelantan-Thailand menerusi Op Benteng.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintenden Nor Azizan Yusof berkata, selain menahan suspek yang berusia 47 tahun, pihaknya turut merampas pelbagai jenis jubah wanita, toto dan bantal kekabu seludup yang dianggarkan bernilai RM 32,530.

“Semasa rondaan dijalankan anggota PGA ternampak seorang lelaki sedang berhempas-pulas memunggah beberapa guni dan bungkusan toto ke dalam sebuah rumah berhampiran kawasan tebing Sungai Golok.

 “Anggota kami segera menghampiri dan menunjukkan kad kuasa kepada lelaki tersebut yang merupakan pemilik rumah untuk melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemukan barangan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, siasatan awal mendapati rumah itu dijadikan sebagai pusat transit sebelum barangan tersebut diangkut menggunakan kenderaan untuk diedarkan kepada peniaga di pasar-pasar berdekatan.

“Kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDRM) Kelantan untuk tindakan lanjut,” ujarnya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed