by

Rumah klasik Pak Udo – Utusan Digital

News Sources:

KUALA PILAH: Bermula dengan minat mengumpul pelbagai barangan antik dan klasik telah mendorong sepasang suami isteri menterjemahkan minat mereka itu dengan menghias dan mendekorasi rumah mereka di Taman Mutiara, Batu Kikir dekat sini bertemakan klasik dan ala Inggeris.

Mohd. Noor Abdullah, 64 atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Udo berkata, dia dan isteri Rubiah Hamid, 68, telah mula mengumpul barangan antik sejak dia berkhidmat di kedutaan Australia.

“Sejak saya bertugas di kedutaan lagi saya sudah mula mengumpul barang-barang klasik kerana minat. Ada antaranya juga saya beli dan diberi hadiah oleh rakan namun kebanyakan barangan yang ada di rumah ini juga merupakan peninggalan daripada arwah ibu dan bapa saya.

“Apa yang membuatkan ia klasik, kebanyakan barang yang disimpan 80 peratus masih boleh berfungsi dengan baik. Ia termasuklah seperti kipas, peti nyanyi, telefon, radiogram, basikal dan jam dinding,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediaman yang telah diduduki mereka sejak 2014 itu baru-baru ini.

Pak Udo yang dikurniakan dua anak menjelaskan, dia dan isteri menghias rumah dengan cita rasa klasik tanpa membayar mana-mana konsultan pereka rumah.

“Kami tidak menggunakan mana-mana pereka untuk idea dekorasi rumah ini. Isteri saya yang paling banyak mengubah rumah ini dengan citarasa klasik dan berkonsep seperti zaman P. Ramlee.

“Pernah satu ketika dahulu, ada yang mahu membeli barangan antik kami seperti radio namun saya tidak menjualnya walaupun ditawarkan harga sekitar RM2,000 hingga 3,000,” katanya.

Tambahnya, dia telah berbelanja sebanyak RM50,000 untuk membeli pelbagai barangan antik berkenaan yang kebanyakan didapati dari Kelantan.

“Saya ada mendapat pelawaan daripada beberapa pihak untuk menjadikan rumah kami ini sebagai salah satu lokasi untuk menarik kunjungan pelancong namun saya masih lagi menunggu sehingga kawasan luar rumah saya siap sepenuhnya.

“Mereka memberitahu rumah saya boleh dijadikan sebagai satu tarikan pelancongan, jadi mana-mana yang datang ke Batu Kikir nanti boleh singgah ke rumah saya kelak,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed