by

Rumah Michael Jackson dijual RM88.2 juta

News Sources:

NEW YORK: Bekas rumah penyanyi terkenal dunia, Michael Jackson, Neverland Ranch dijual berharga 16 juta pound (RM88.2 juta) iaitu kurang dari seperempat harga awal yang diminta.

Lapor Mirror, rumah itu dibeli oleh pelabur jutawan, Ron Burkle dengan AS$22 juta (RM89.3 juta) dalam perjanjian yang dikatakan sebagai ‘mencuri’.

Harga asal yang diminta bagi hartanah ikonik itu adalah 73 juta pound (RM402 juta).

Menurut Wall Street Journal, Burkle yang merupakan bekas rakan sekutu Jackson membuat pembelian itu selepas rumah itu disenaraikan semula sebanyak 23 juta pound (RM126 juta).

Ejen hartanah LA, Ian Reed memberitahu ia mungkin seperti rumah berhantu tetapi pembeli hanya mendapat perjanjian yang hakikatnya adalah ‘mencuri’.

Mendiang Jackson berpindah ke Neverland Ranch pada 1987 di kemuncak kemasyhuran namanya.

Rumah itu menjadi terkenal pada 1990an ketika Jackson pertama kali dituduh melakukan penderaan kanak-kanak yang kemudiannya dibebaskan.

Beliau tinggal di sana sehingga menemui ajal pada 2009.

Jackson bagaimanapun mati di rumahnya yang lain di Holmby Hills di Los Angeles.

Rumah itu dilengkapi dengan taman hiburan, kereta api dan zoo.

Neverland Ranch dijual di pasaran dengan harga 73 juta pound pada 2015.

Selepas kematian Jackson, rumah itu dinamakan semula sebagai Sycamore Valley Ranch dan taman hiburan itu dibuang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed