by

Rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan

News Sources:

PUTRAJAYA: Penganjuran rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak dibenarkan kata Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ziarah hari raya pula katanya, hanya dibenarkan bagi kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sahaja.

“Ziarah hari raya tidak dibenarkan bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Ziarah hari raya untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa,” katanya pada sidang media di sini.

Katanya, aktiviti ziarah kubur juga tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

Begitu juga dengan jamuat selepas sembahyang hari raya di masjid atau surau tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed