by

Rundingan agihan kerusi Pas, UMNO dan Bersatu capai 50 peratus

News Sources:

ALOR SETAR: Rundingan berhubung pengagihan kerusi antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini sudah lebih 50 peratus dan dijangka selesai menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pendekatan enam formula digunakan untuk pengagihan tersebut antaranya bagi memastikan tiada pertembungan tiga penjuru.

“Rundingan ini sudah beberapa kali diadakan dalam Muafakat Nasional (MN) dan kita ada enam formula sudah dipersetujui di bawah MN.

“Tiada konflik dalam rundingan ini. Insya-Allah akan berlaku dua penjuru iaitu MN campur PN atau PN campur MN lawan Pakatan Harapan (PH). Secara konsensusnya kalau kerusi itu kita menang dahulu kita tandinglah.

“Kalau kerusi UMNO menang, UMNO akan letak calon. Pas tak letak calon, disiplin Pas tinggi. Itu formula pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Kedah di Dataran Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikan enam formula tersebut.

Muhammad Sanusi juga menegaskan, pergolakan yang berlaku antara UMNO dan Bersatu ketika ini bersifat sementara dan akan selesai menjelang PRU-15.

“Sekadar ribut dalam cawan, InsyaAllah tidak ada konflik atas sikap ‘give and take’ dan tidak ada sabotaj,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed