by

Safiq kembali ke pangkuan JDT

News Sources:

KUALA LUMPUR: Selepas Mohamadou Sumareh, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat satu lagi kejutan apabila mengumumkan kepulangan bekas kapten mereka, Safiq Rahim.

Dalam  video ringkas yang disiarkan di media sosial kelab hari ini, bekas perancang utama skuad kebangsaan itu disambut dua tonggak Harimau Malaya, Matthew Davies dan Aidil Zafuan Abd Radzak dengan ucapan ‘selamat kembali’.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengucapkan selamat kembali kepada Safiq dalam satu komen beliau di Instagram Officialjohor hari ini.

“Selamat pulang SR8 (Safiq). 8 untuk misi (ke) 8,” tulis Tunku Ismail yang dipercayai merujuk kepada misi skuad Harimau Selatan untuk memburu gelaran Liga Super kelapan berturut-turut musim ini.

Sepanjang bersama JDT dari 2013 hingga 2018, Safiq , 34, memakai jersi No. 8.

Dia  mencipta beberapa kejayaan bersama JDT termasuk muncul juara Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC pada 2015 sebelum berhijrah ke Melaka United.

Semalam, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan senarai lengkap pemain JDT akan diumumkan, hari ini.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed