April 21, 2021
by

Salahuddin Ayub bawa isu Pasar Perling ke MBIP – JohorKini

News Sources:

pasar-perling-salahuddin-ayub.png

JOHOR BAHRU, 12 FEB: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub akan membawa isu Pasar Perling dan lokasi sementara perniagaan kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Ujarnya, melalui dapatan dari maklumat yang diperolehi, terdapat kepincangan yang berlaku dalam proses naiktaraf pasar dan lokasi sementara para peniaga tersebut.

“Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi Peniaga Pasar Perling untuk mengadakan pertemuan dengan semua peniaga khusus bagi membincangkan soal permindahan ini.

“Perkara ini akan saya bawa ke MBIP (Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) untuk berbincang pula dengan mereka.

“Kita mahu segalanya berlangsung dengan mudah dan selamat. Kita tak mahu peniaga menjadi terhimpit dan dalam masa sama ada pihak lepas tangan,” ujarnya ketika ditemui.

Katanya, antara yang menjadi kebimbangan peniaga adalah kekurangan fasiliti, antaranya kemudahan sinki hanya ada sepuluh untuk kegunaan 100 peniaga.

“Selain itu soal punca elektrik, selain keselamatan pasar yang terdedah risiko kecurian apabila pasar tutup.

“Turut dibangkitkan keadaan pasar yang sempit dan tidak mengikut SOP PKP sekiranya pengunjung hadir ke pasar sementara.

“Saya mendesak agar permindahan tidak dilakukan sebelum pasar sementara siap sepenuhnya mengikut kehendak peniaga.

“Ini perkara yang penting dan kita mahu perkara ini diselesaikan,” ujarnya lagi.

Johorkini

 



Post Views:
2







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed