by

Salahuddin, kenapa tunggu minggu depan lapor SPRM?

News Sources:

KUALA LUMPUR – Jika Datuk Seri Salahuddin Ayub benar-benar memandang serius pendedahan yang dibuat, kenapa beliau tidak berani menamakan secara terbuka pihak yang didakwa membuat tawaran itu kepadanya.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, kartel itu bukan calang-calang syarikat kerana dikatakan menguasai sekurang-kurangnya empat daripada tujuh loji penyembelihan di India yang mengeksport daging beku ke Malaysia secara monopoli.

“Persoalannya, mengapa beliau hanya mendedahkannya kelmarin, sedangkan tawaran rasuah itu dibuat pada 2018 lagi, iaitu beberapa bulan selepas dilantik menteri dan beliau sendiri mengenali identiti penawar rasuah itu.

“Tidakkah jika laporan dibuat ketika itu, masalah monopoli loji penyembelihan di India yang mengeksport daging beku ke Malaysia oleh syarikat tersebut akan dapat diselesaikan dengan mudah,

“Bagaimanapun, Salahuddin tidak melakukan demikian, menyebabkan masalah monopoli loji penyembelihan sukar diselesaikan,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menerusi laporan media hari ini, Timbalan Presiden Amanah itu dilaporkan berkata, beliau bersedia laporan kepada SPRM berhubung pendedahannya mengenai syarikat kartel daging sebelum ini.

Malah, Salahuddin juga sedia memberikan kerjasama kepada SPRM kerana ia membabitkan isu serius.

Jelas Dr. Kamaruzaman, selepas tidak lagi bergelar menteri, baru sekarang beliau lantang menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu itu, sedangkan beliau sedar masalah itu telah berlaku.

“Selepas itu beliau pula buat-buat tidak tahu, apabila mempersoalkan siapa yang ‘menjaga’ pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang membuat lawatan ke loji penyembelihan di luar negara.

“Saya beranggapan, Salahuddin mahu melaporkan tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging itu kepada SPRM kerana sedar, jika gagal berbuat demikian, beliau boleh didakwa di mahkamah.

“Jika disabitkan bersalah, beliau boleh hilang jawatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed