by

Salahuddin patut bongkar tawaran kartel semasa jadi menteri

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pendedahan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mendakwa pernah menerima tawaran percutian mewah ke Eropah daripada syarikat pengimport daging sudah agak terlewat.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM, Shahir Adnan berkata, kalau boleh diundurkan masa, alangkah baik kiranya isu ini dibongkarkan semasa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menerima tawaran daripada pihak kartel.

Ini kerana, ia adalah isu besar yang membabitkan umat Islam di Malaysia.

Ironinya sekarang, isu daging import ini dipolitikkan pula oleh Salahuddin dengan menunding jari kepada Kerajaan Perikatan Nasional untuk tindakan lanjut.

”Sekiranya pendedahan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bahawa beliau pernah menerima tawaran percutian mewah daripada syarikat pengimport daging ketika menjadi menteri itu benar-benar berlaku, sewajarnya beliau tidak teragak-agak membuat aduan kepada SPRM ketika menjawat jawatan menteri di dalam kerajaan Pakatan Harapan,” katanya di sini.

Shahir mengulas kenyataan Salahuddin baru-baru ini bahawa beliau pernah menerima tawaran percutian mewah ke Eropah daripada syarikat pengimport yang mempunyai kaitan dengan kartel daging ketika menjadi menteri.

Tawaran tersebut diberikan ketika beliau mengadakan perjumpaan bersama wakil pengimport daging itu beberapa bulan selepas dilantik ke jawatan tersebut.

Salahuddin berkata, beliau mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjumpaan sesi perkenalan antara menteri dan juga pemain industri itu apabila ditawarkan pakej percutian yang digambarkan sebagai ‘kunjungan hormat’.

”Sekiranya Timbalan Presiden Amanah ni serius dalam isu ini, DPIM yakin pihak beliau akan membuat laporan kepada SPRM dalam masa terdekat,” ujar Shahir.

Dalam kenyataan sama, DPIM juga berpandangan Kerajaan Perikatan Nasional perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu kartel daging ini.

Semua pihak yang terlibat boleh menyalurkan maklumat kepada RCI ini kerana ia membabitkan kepentingan pengguna khususnya umat Islam di negara ini, katanya. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed