by

Saman pemula Tun Mahathir, empat yang lain dibatal

News Sources:

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi membatalkan saman pemula Tun Dr. Mahathir Mohamad dan empat yang lain untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said masing-masing sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dengan keputusan itu, Azhar yang juga dikenali sebagai Art Harun kekal sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Azalina sebagai Timbalannya.
Hakim Ahmad Kamal Md. Shahid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Azhar  dan tiga yang lain iaitu Azalina, Timbalan Yang Di-Pertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin untuk membatalkan saman pemula itu.
Ahmad Kamal berpendapat, pelantikan kedua-duanya adalah sah dan tidak boleh dicabar melalui tindakan di mahkamah.
Beliau tidak memberikan sebarang kos selepas berpuas hati isu yang dibangkitkan dalam saman pemula itu melibatkan kepentingan awam.
Pada 23 Julai lalu, bekas Perdana Menteri,  anaknya Datuk Seri Mukhriz bersama tiga lagi memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pelantikan Azhar dan Azalina.
Selain Tun Mahathir dan Mukhriz, tiga lagi individu itu ialah bekas Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Wira Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md. Salleh.
Dalam saman pemula itu, kelima-limanya memohon perisytiharan bahawa kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat sejak 13 Julai lalu masih kosong dan pelantikan Azhar dan Azalina adalah tidak sah.
Kelima-lima plaintif menuntut pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Azhar dan Azalina tidak sah dan bertentangan dengan  Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka meminta pengisytiharan bahawa berikutan pengosongan jawatan yang sebelumnya dipegang oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof, semua ahli parlimen mesti diberi peluang untuk mencari calon bagi mengisi jawatan tersebut. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed