by

Sambutan Krismas: 1,002 individu ditahan ingkar SOP

News Sources:

PUTRAJAYA: Sambutan cuti Krismas semalam menyaksikan 1,002 individu ditahan di seluruh negara kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jumlah tertinggi sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu itu direkodkan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai polis dengan 854 individu dikompaun manakala baki 148 direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi dicatatkan ialah melibatkan 687 individu ditahan kerana melakukan aktiviti di pusat hiburan.

“Ini diikuti gagal patuh arahan penjarakan fizikal (125), tidak memakai pelitup muka (69), gagal sedia peralatan merekod butiran (63) dan lain-lain (58),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, sejumlah 2,454 pasukan pematuhan meliputi 10,632 anggota memantau 3,579 pasar raya, 4,656 restoran, 1,852 penjaja, 1,118 kilang, 3,314 bank dan 498 pejabat kerajaan.

Ismail Sabri menambah, turut dipantau pasukan berkenaan ialah sebanyak 1,076 terminal pengangkutan darat, 195 terminal pengangkutan air dan 102 terminal pengangkutan udara.

Sejumlah 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) ujarnya, juga ditahan pelbagai agensi melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak Covid-19.

“Tiga buah kenderaan darat juga dirampas manakala sebanyak 115 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dikawal ketat,” jelas Ismail Sabri.

Dalam pada itu, 23 operasi sanitasi awam meliputi lapan zon merah, empat zon jingga, lima zon kuning dan satu zon hijau dengan melibatkan lima negeri dan satu wilayah persekutuan.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, sehingga kini seramai 7,206 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu, manakala 536 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Sejumlah 84,865 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 76 buah hotel serta 17 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed