by

Samsons kembali selepas Kenangan Terindah

News Sources:

KUALA LUMPUR – Kumpulan Samsons yang baru sahaja melancarkan album terbaru yang diberi judul V, bertepatan dengan kemunculan album kelima mereka itu, setelah lebih dari 17 tahun terlibat dalam industri muzik Indonesia.

Album yang dilancarkan Universal Music Indonesia itu bukan calang-calang album kerana terdapat penglibatan puluhan pemuzik daripada anggota Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Dalam album V itu, Samsons memberikan sentuhan muzik orkestra dalam semua lagu dan tidak menghairankan apabila nuansa muzik yang mereka paparkan dalam album ini kedengaran hebat.

kSamsons telah mendapatkan khidmat 55 pemuzik terbaik orkestra di Budapest yang terdiri daripada 40 orang pemain alat muzik bertali (strings players), 7 orang pemain alat muzik tiup kayu (woodwinds players), tujuh orang pemain alat muzik bras (brass player) serta seorang pemain genderang (percussionist), yang sering membuat skor muzik untuk filem-filem Hollywood.

Terdapat 12 lagu yang dipersembahkan oleh Samsons untuk peminat mereka dan beberapa buah lagu telah dilancarkan dahulu sebagai single seperti Ternyata Cinta, Tuhan Tidak Pernah Salah, I Love U, Cinta Mati dan juga Jika Nanti yang turut dilancarkan serentak dengan album ini.

Samsons kekal popular dengan lagu Kenangan Terindah.

Lagu Jika Nanti menjadi trek fokus untuk album V  memandangkan ia mempunyai video muzik yang dihasilkan dengan jalan cerita yang bagus dan sesuai dengan liriknya.

Mendengar lagu semasa menonton video muzik tersebut membolehkan pendengar menikmati single itu lebih mendalam sambil mata melayan visual yang menarik.

Seperti lazimnya, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album V dan dan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagu.

Lagu-lagu dengan tema percintaan seolah sudah sebati dengan Samsons, namun tema cinta pada umumnya boleh ditafsirkan atau diterjemahkan kepada banyak perkara.

Pada tahun ini, Samsons yang dianggotai Aria Dinata sebagai vokalis, Irfan Aulia Irsal – (gitar), Erik Partogi Siagian (gitar) dan Aldri Dataviadi sebagai bass juga meraikan 15 tahun lagu Kenangan Terindah yang merupakan salah satu lagu hits yang menjadi fenomena dan masih kerap didengar sehingga kini,

Sempena meraikan 15 tahun lagu Kenangan Terindah, Samsons akan memberi kejutan kepada pendengarnya yang boleh dilayari di Facebook: https://www.facebook.com/samsonstheband, Twitter: @samsonstheband, Instagram: samsonstheband dan YouTube: SamSonS Band. – MalaysiaGazette





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed