by

Santo bakal ganti Mourinho? – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Tottenham dilaporkan sedang memantau perkembangan pengendali Wolverhampton, Nuno Espirito Santo bagi menggantikan Jose Mourinho yang berisiko besar dipecat, hujung musim ini.

Keputusan pemecatan itu semakin hampir berlaku ke atas Mourinho selepas tewas 1-3 kepada Manchester United di laman sendiri dan membuatkan mereka bakal kehilangan kedudukan keempat liga kepada beberapa pasukan lain termasuk Liverpool, Chelsea dan West Ham.

Difahamkan, Mourinho akan dipecat jika gagal membawa Tottenham layak ke Liga Juara-Juara musim depan terutama selepas Spurs beberlanja hampir 1 bilion pound (RM5.69 bilion) untuk stadium baharu mereka.

Espirito Santo sebelum ini berjaya membawa Wolverhampton menamatkan saingan di kedudukan ketujuh liga buat dua musim berturut-turut selepas hampir tersingkir.

Mendapat sokongan pemilik dari China, Espirito Santo membawa masuk beberapa pemain berkualiti seperti Ruben Neves, Joao Moutinho dan Raul Jimenez bagi memperkuatkan pasukan.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy mengagumi pengendali Portugal itu tetapi mereka perlu mengeluarkan belanja 8 juta pound (RM45.48 juta) sebagai pampasan kepada Mourinho sekiranya dia dipecat.

Selain itu mereka turut dikaitkan dengan beberapa pengurus lain termasuk Brendan Rodgers dan Julien Nagelsmann selain Harry Kane dijangka meninggalkan kelab itu selepas mendapat perhatian kelab-kelab utama Eropah. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed