by

Sate Kak Mah laris di Kota Bharu

News Sources:

KOTA BHARU: Ketika kebanyakan perniagaan ‘mengecil’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kak Mah Sate 3 Machang menongkah arus apabila meluas­kan lagi operasinya ke daerah ini dalam tempoh tersebut.

Langkah berani perusahaan sate yang berpusat di Machang itu membuahkan hasil apabila kiosnya yang dibuka di Restoran Rizal Char Koey Teow, Jalan Long Yunus, di sini mendapat sambutan di luar jangkaan.

Pemiliknya, Wan Mohd. Hasrul Wan Ahmad mengakui, dia pada mulanya agak gusar ketika memilih pendekatan itu namun kini menarik nafas lega apabila jualan satenya sudah semakin rancak

Malah katanya, kios yang baru sahaja beroperasi kira-kira seminggu lalu tersebut kini sudah merekodkan jualan lebih 1,500 cucuk sate sehari.

“Sebenarnya saya menjangkakan jualan hanya sekitar 300 cucuk sate sehari kerana Kak Mah Sate 3 Machang masih baharu di daerah ini.

“Namun Alhamdulillah kios kami semakin mendapat perhatian dari hari ke hari sehingga jualan sudah mencecah 1,500 cucuk sate sehari,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Wan Mohd. Hasrul, dia nekad membuka kios itu di luar Machang selepas ramai pelanggan tetap memintanya berbuat demikian.

“Pelanggan dari Kota Bharu mengeluh tidak dapat berkunjung ke Kak Mah Sate 3 Machang, susulan larangan rentas daerah sejak PKP dikuatkuasakan pada 16 Januari lalu.

“Jadi saya bekerjasama de-ngan Rizal Char Koey Teow untuk membuka kios ini bagi mempelbagaikan jualan di restoran tersebut, sekali gus membantu pekerjanya menambah pendapatan,” katanya.

Selain sate ayam dan daging biasa, kios tersebut turut menyediakan sate landak, rusa, daging wagyu, itik, arnab, tuna dan udang yang dihasilkan dari kilang Kak Mah Sate 3 Machang.

Menurut Wan Mohd., sempe­na pembukaan cawangan baharu itu, pihaknya membuat promosi penghantaran percuma untuk tempahan dari sekitar Kota Bharu dengan pembelian minimum 30 cucuk sate.-UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed