by

Saya dipecat tanpa ikut saluran BN – Annuar

News Sources:

PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemecatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tidak mengikut saluran Barisan Nasional (BN) kerana beliau dibuang jawatan itu oleh pemimpin UMNO dan bukannya kepemimpinan BN.

Malah, kata Ahli Parlimen Ketereh itu, pemecatannya itu juga mengulangi ‘episod’ sama seperti dialami Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Mengikut Perlembagaan BN sendiri, penyandang Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Pengerusi BN setelah berunding dengan Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam nada kesal.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian pada sidang akhbar khas di kementeriannya di sini hari ini sebagai mengulas pemecatannya sebagai Setiausaha Agung BN semalam.

Mengulas lanjut, Annuar menyifatkan ‘drama’ kali ini menyerupai apa dialami Mohamed Nazri apabila dilucut jawatan itu pada 2019 dan diganti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Ia berlaku apabila Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan mengumumkan pelantikan Mohamed Nazri tidak mengikut perlembagaan

“Bagaimanapun, saya menerima keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan telah memaklumkan beliau melalui aplikasi Whatsapp semalam,” kata Annuar.

Meskipun kesal kerana hanya tahu berita itu daripada pihak media, beliau mengucapkan terima kasih kepada BN kerana memberi kesempatan kepadanya untuk berkhidmat selama 10 bulan.

Mengulas sama ada akan meletak jawatan dalam Kabinet kerana tiada jawatan dalam parti, beliau berkata, isu itu adalah hak mutlak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Justeru, beliau akan tetap bekerja seperti biasa sebagai menteri dan tidak pernah berhasrat bertindak keluar daripada UMNO untuk menyertai parti lain seperti didakwa pihak tertentu.

“Mungkin selama ini ramai salah faham apabila saya dilihat agak rapat dengan perdana menteri tetapi itu semua hanya atas urusan rasmi kerja, tiada kaitan isu politik,” tegasnya.

Annuar turut menyeru UMNO sedar kekuatannya bukan sebab ia lagi tidak perlu bergantung pihak luar, sebaliknya ia masih belum kuat dan memerlukan kerjasama parti Melayu yang lain.

Rakyat ujarnya, melihat perkembangan politik tanah air ketika ini dicetuskan UMNO sebagai tidak membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahkan seperti tidak ada tetap pendirian.

Tambahnya, usah biarkan rakyat mulai meluat kepada UMNO dan menyokong parti lawan, bahkan UMNO kena insaf untuk menang, ia memerlukan sokongan rakyat bukan ahli parti.

“Saya beri contoh kerusi saya sendiri di Ketereh, ahli UMNO tidak ramai tapi saya masih boleh menang kerana undi dari bukan ahli parti tetapi bayangkan jika mereka beralih arah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed