by

Saya kecewa ada netizen beri komen jelik ‘menghina’ Hadi

News Sources:

KUALA LUMPUR – Sikap sesetengah netizen yang memberi komen jelik di media sosial mengenai berita Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital mengecewakan Setiausaha Agung Gerakan.

Mah Kah Keong menganggap perbuatan memberi komen jelik itu tidak bermoral dan menyalahgunakan kebebasan bersuara.

Setiausaha Agung Parti Gerakan. Mah Kah Keong. 

Beliau mengakui terkejut apabila terbaca pandangan segelintir netizen berhubung kisah Abdul Hadi yang telah dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas malam tadi.

Jelas Kah Keong, komen-komen dalam bahasa Mandarin itu menyebabkan dirinya hilang kata-kata.

“Ada beberapa contoh yang boleh saya cakap (terjemah), antaranya bermaksud “Cantik, dia (Hadi) sudah dekati penciptanya, harap tidak sampai sehingga Jumaat, selamat bersemadi dengan aman serta banyak lagi.

“Apakah ini caranya?,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

 

“Saya marah dan kecewa sampai tidak ada kata-kata hendak digambarkan sebenarnya. Saya langsung tidak sangka ada juga netizen berperangai buruk dan langsung tidak prihatin apabila mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap pemimpin sedang sakit.

“Walaupun mungkin berbeza ideologi politik sekalipun, mana perginya sikap kemanusiaan?” soalnya lagi.

Hari ini, anak lelaki Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdu, bapanya dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat secukupnya.

Menurut beliau, bapanya mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

Presiden Pas itu dikejarkan ke Hospital Putrajaya malam tadi setelah mengalami sesak nafas.

Dalam pada itu, Kah Keong turut berdoa tahap kesihatan Hadi Awang akan bertambah dan sihat seperti sediakala.

“Saya mohon kepada semua, jika tidak boleh berdoa atau bercakap baik-baik, anda tidak perlu berkata apa-apa jika bukan satu keperluan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Keadaan Abdul Hadi stabil, perlukan rehat – Anak



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed