by

Saya sedar ramai kritik polis

News Sources:

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan wujud sikap ‘pilih bulu’ dalam operasi penguatkuasaan bagi menahan dan mengeluarkan kompaun terhadap individu yang ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, semua kes berprofil tinggi membabitkan kesalahan ingkar PKP turut disiasat, selain tindakan sewajarnya diambil.

“Saya sudah beberapa kali mengingatkan bahawa dasar penguatkuasaan undang-undang tidak mengenali status, kaum dan agama dan dia aplikasikan sama rata.

“Banyak kes berprofil tinggi dikenakan tindakan tapi tidak perlu saya menabik dada berhubung tindakan dikenakan ke atas mereka. Yang penting proses tersebut berjalan.

“Kita tahu gesaan ini banyak berbaur politik dan saya tidak mahu terperangkap di situ. Apa yang boleh saya jelasnya penguatkuasaan dilakukan secara adil tidak kira mereka buruh,orang kenamaan, waima pegawai kerajaan termasuk warga PDRM sendiri,” katanya dalam satu temu bual khas bersama MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan warga PDRM agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut emosi, kaum termasuk dengan niat mahu mengaibkan.

“Jika seorang buruh dikenakan tindakan kompaun tidak mendapat tarikan umum kenapa pula orang kenamaan perlu?

”Sedangkan undang-undang dikenakan tanpa mengira status tersebut. Jadi saya selalu ingatkan anak buah di bawah agar tidak perlu menghebahkan polis mengambil tindakan terhadap mana-mana orang kenamaan.

“Saya sedar banyak kritikan dan orang ramai menemplak PDRM berhubung isu ini di media sosial tetapi saya berikan jaminan bahawa tindakan diambil secara sama rata,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed