by

Scha, Awal dapat anak perempuan lagi

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pelakon, Scha Alyahya selamat bersalin cahaya mata kedua perempuan dengan berat 3.2 kilogram di sini semalam.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi Instagram miliknya.

“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT di atas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 Februari 2021 (semalam) bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.

“Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur,” tulisnya.

Menurut Scha, ketika ini dia dan bayi yang baru dilahirkan berada dalam keadaan yang baik.

Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan dalam keadaan sekarang ini pihaknya tidak dapat menerima pelawat kerana SOP yang telah ditetapkan.

“Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed