by

Scott Ollerenshaw dilantik Pengarah Teknikal Sabah FC

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pengurusan pasukan Sabah FC secara rasmi mengumumkan Scott Ollerenshaw sebagai Pengarah Teknikal baharu mereka melalui laman sosial rasmi kelab.

Ollenrenshaw yang juga lagenda bagi pasukan negeri Sabah itu disambut baik penyokong-penyokong pasukan yang sudah tidak sabar untuk memberikan sokongan padu kepadanya untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad itu.

Pelantikan legenda bola sepak Sabah yang berasal dari Australia ini adalah bertujuan menjadi medium pengantara buat para pemain ‘import’ dengan pasukan Sabah FC sendiri.

Pada masa sama, Ollerenshaw juga turut bertindak sebagai pencari pemain yang berkualiti untuk diserapkan ke dalam pasukan yang gah dengan gelaran Sang Badak ini.

Ollerenshaw merupakan bekas pemain bola sepak Australia dan merupakan pemain lagenda untuk pasukan Sabah dan memenangi Anugerah Kasut Emas beberapa kali.

Dia juga pernah mewakili Australia pada Sukan Olimpik 1988 di Seoul dan mengahwini bekas juara karate kebangsaan Michelle Koh. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed