by

Sebanyak 1,178 kes positif; 1,377 kes sembuh; 6 kematian

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,377 kes yang mengatasi kes positif iaitu 1,178 kes.

Sebanyak enam kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan kes iaitu 14,399 kes berbanding semalam iaitu 14,604 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 163 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 81 kes memerlukan bantuan

“Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 238 kes mengatasi Selangor, 237 kes; Pulau Pinang, 190 kes; Johor, 165 kes dan Kuala Lumpur, 101 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Melaka, sembilan kes; Labuan, tujuh kes; Terengganu, enam kes; Putrajaya, satu kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed