by

Sebanyak 142 dikompaun ingkar SOP, 16 PATI ditahan

News Sources:

PUTRAJAYA: Seramai 142 individu ditahan Task Force Operasi Pematuhan atas pelbagai kesalahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemuanya dikompaun dengan kes tertinggi 78 individu kerana gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.

“Ini diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka (53), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (9) dan lain-lain (2),” kata beliau menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, sejumlah 2,805 pasukan pematuhan meliputi 12,136 anggota memantau 3,401 pasar raya, 4,567 restoran, 1,807 penjaja, 1,402 kilang, 3,205 bank dan 611 pejabat kerajaan.

Turut dipantau pasukan tersebut ujar beliau, ialah sebanyak 901 terminal pengangkutan darat, 232 terminal pengangkutan air dan 83 terminal pengangkutan udara.

Sejumlah 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ujarnya, ditahan semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak Covid-19.

“Tiga buah kenderaan darat juga dirampas manakala sebanyak 110 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dikawal ketat,” jelas Ismail Sabri.

Sebanyak 28 operasi sanitasi awam dilakukan meliputi lapan zon merah, enam zon jingga, lima zon kuning dan empat zon hijau dengan melibatkan lapan negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.

Menyentuh kuarantin wajib ujarnya, sehingga kini seramai 7,518 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu, manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Sejumlah 85,670 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 75 buah hotel serta 17 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata beliau.

Sementara itu, pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di sembilan tapak binaan semalam turut mendapati kesemuanya adalah mematuhi peraturan SOP ditetapkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam melakukan pemeriksaan ke atas 535 buah premis iaitu 376 peruncit, 135 pemborong dan 24 pengilang.

“Turut dijalankan di seluruh negara ialah 873 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan kesemuanya didapati mematuhi peraturan kecuali satu premis yang diberi nasihat,” tegasnya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed