by

Sebutan semula kes bunuh jurutera 2 Mac

News Sources:

SEPANG: Mahkamah Majistret Sepang menetapkan 2 Mac ini untuk sebutan semula kes seorang jurutera tapak yang mayatnya ditemukan rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kota Warisan, 28 Oktober tahun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman ketika dalam prosiding memberitahu tarikh sebutan baharu itu bagi mendapatkan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.

Tertuduh, P. Vijayan 42, yang merupakan seorang ahli perniagaan diwakili peguam, Datuk Sheelan Arjunan.

Vijayan didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian, K. Seri Ganis Kanapathy Pillay, 42, di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport Business Centre Kota Warisan di dalam daerah Sepang antara pukul 2.38 pagi hingga 4.50 pagi pada 28 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasharina Nazlan.

Terdahulu, tertuduh yang memakai pakaian lokap hadir kira-kira pukul 8.45 pagi ke mahkamah diiringi polis.

Keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah semasa prosiding berlangsung.

Media sebelum ini melaporkan seorang penumpang kenderaan utiliti sukan (SUV) rentung selepas kenderaan dinaikinya terbakar di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City 2 dekat Kota Warisan.

Polis kemudian menahan tiga lelaki berusia 37, 42 dan 24 tahun bagi membantu siasatan ke atas kes mayat yang ditemukan rentung. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed