by

Segera tarik balik daging beku di pasaran

News Sources:

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan menarik semula dengan segera produk daging beku yang diimport dari pasaran susulan isu kartel daging haram.

Dalam masa sama, Presidennya, Mohideen Abdul Kader menyeru orang ramai tidak membeli daging beku import dan produk daging yang diproses  sehingga pihak berkuasa dapat memastikan daging beku di pasaran adalah daging yang disahkan halal.

Menurut beliau, disebabkan harga daging tempatan yang mahal, restoran menggunakan daging beku import dalam makanan yang dihidang kepada pelanggan. 

Malah, katanya, pengeluar daging yang diproses turut menggunakan daging beku import dalam produk mereka.

“Pihak berkuasa dilaporkan menjalankan siasatan, namun tidak bertindak menarik semula daging beku import dari pasaran.

“Ini bermakna pengguna masih terus memakan daging yang tercemar walaupun CAP pernah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan menarik semula produk itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohideen turut mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kegagalan sistem yang ada bagi daging halal dan membuat saranan agar ia tidak berulang di masa depan.

Tambah beliau, kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyeludup daging beku import dan pegawai kerajaan yang mengamalkan rasuah kerana isu berkenaan melibatkan soal akidah umat Islam. -UTUSAN ONLINE 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed