by

Sejuta penduduk AS terima vaksin

News Sources:

 WASHINGTON: Pengarah Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC), Robert Redfiled memaklumkan lebih sejuta penduduk Amerika Syarikat sudah menerima suntikan vaksin Covid-19. 

“AS mencatatkan pencapaian penting hari ini, pihak berkuasa melaporkan lebih sejuta penduduk menerima suntikan dos pertama sejak diterima 10 hari lalu,” katanya. 

Ketika dihubungi wartawan, Ketua Penasihat Operasi Warp Speed Kerajaan, Moncef Slaoui berkata, objektif mengimunisasi 20 juta penduduk bulan ini  seperti tidak mungkin dapat dipenuhi. 

Menurutnya, AS menyasarkan mengimunisasi seramai 100 juta penduduk sehingga penghujung suku pertama 2021 manakala, baki 100 juta yang lain pada suku tahun kedua tahun depan. 

Sebanyak tiga juta dos sudah dihantar minggu lalu di seluruh AS dengan vaksin pertama diluluskan yang dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech pada 14 Disember lalu. 

Minggu ini, sebanyak enam juta vaksin disasarkan untuk diedarkan oleh Moderna serta dua juta vaksin oleh Pfizer. 

AS merupakan negara paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 serta bakal dilanda musim sejuk paling buruk. 

Lebih 320,000 penduduk mendapat jangkitan wabak tersebut yang bakal menjadi penyebab utama kematian tahun ini selepas penyakit jantung dan kanser. 

Vaksin diutamakan kepada penduduk di pusat penjagaan jangka panjang dan petugas kesihatan, sementara fasa seterusnya kepada golongan sasar berumur lebih 75 tahun dan pekerja berisiko tinggi.  -AFP 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed