by

Sektor swasta, GLC dan NGO perlu bantu B40

News Sources:

JOHOR BAHRU: Sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa membantu pelajar daripada keluarga B40 dengan menyumbangkan peralatan elektronik untuk digunakan dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Md. Nasir berkata, masih terdapat ramai pihak khususnya daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan bantuan tersebut.

Jelasnya, dianggarkan sebanyak 4,000 keluarga di daerah ini yang tidak mempunyai kemudahan seperti komputer riba, telefon pintar atau peranti.

“Majoriti ibu bapa sudah mengeluarkan kos bagi membeli pakaian dan peralatan sekolah antara RM200 hingga RM300 bagi seorang anak sempena pembukaan sesi persekolahan 2021, ada ibu bapa terbeban dan tidak mampu untuk membeli peralatan untuk PdPR terutamanya bagi keluarga miskin.

“Oleh itu saya berharap pelbagai pihak khususnya sektor swasta, GLC, NGO mahupun orang perseorangan dapat tampil untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan peralatan tersebut,” katanya selepas memberikan limau dan cecair pembasmi kuman sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Pagi Taman Pelangi hari ini.

Menurut Akmal Nasrullah, bantuan seperti itu tidak seharusnya datang daripada ahli politik sahaja tetapi sebaliknya daripada semua pihak berkemampuan dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, pihaknya juga berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif awal dengan menyampaikan bantuan dan peralatan diperlukan bagi menjayakan proses PdPR sebelum sesi persekolahan bermula dan bukan sebaliknya.

“Kerajaan mengumumkan pemberian 150,000 unit komputer riba bagi memastikan anak-anak daripada keluarga B40 dapat meneruskan pelajaran secara dalam talian, namun sehingga kini tiada perkembangan. 

“Kalau kerajaan berhasrat memberinya pada bulan Ogos, itu sudah terlambat. Sepatutnya diberi pada bulan Januari sebelum pelajar mula menjalani sesi persekolahan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed