by

Selangor kekal tertinggi hari ke sembilan, kes kini melebihi 100,000

News Sources:

PUTRAJAYA: Selangor terus kekal kes harian baharu tertinggi Covid-19 untuk hari ke sembilan iaitu 491 kes.

Sebanyak 375 kes di Selangor adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 379 kes dan Sabah, 249 kes manakala empat kluster direkodkan dan dua kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,581 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 100,318 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 18,773 kes.

“Bagi kes sembuh, sebanyak 1,085 kes dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 81,099 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed