by

Selangor tertinggi, 5 kluster baharu

News Sources:

PUTRAJAYA: Selangor kekal menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes harian baharu Covid-19 iaitu 697 kes.

Diikuti Kuala Lumpur sebanyak 194 kes manakala Johor, 191 kes dan Sabah, 157 kes.

Sehingga kini, sebanyak 116 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), iaitu 53 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala tiga kematian direkodkan dan lima kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes harian negara pula, sebanyak 1,594 kes direkodkan yang Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 106,690 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 20,643 kes.

“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,181 kes dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 85,592 kes,” katanya pada sidang akhbar hari ini.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed