by

Sembilan anjing liar mati diracun

News Sources:

IPOH: Sembilan ekor anjing liar ditemukan mati dipercayai diracun oleh individu tidak bertanggungjawab di kawasan kilang di Puncak Jelapang di sini sejak Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya daripada seorang wanita yang merupakan penduduk setempat kelmarin. 

Katanya, wanita berusia 40 tahun itu mendakwa menemui bangkai dua ekor anjing pada Khamis lalu sebelum bangkai tujuh lagi anjing ditemukan pada esoknya.

“Wanita itu menjumpai bangkai dua ekor anjing di hadapan rumahnya sebelum tujuh lagi bangkai ditemukan di kawasan kilang berhampiran. 

“Kesemua haiwan itu dipercayai mati akibat diracun,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum kejadian itu, wanita terbabit mendakwa ada melihat sekumpulan lima lelaki yang tidak dikenali di lorong berhampiran rumahnya, namun, tidak pasti tujuan mereka berada di situ.

Katanya, laporan polis dibuat wanita itu ekoran bimbang keselamatan dirinya dan penduduk setempat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan,” katanya. 

Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam satu kenyataan di Facebooknya mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan sekumpulan individu tersebut. 

Katanya, tindakan meracun mati haiwan berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah kejiranan malah menyalahi undang-undang.  

“SAFM meminta kerjasama saksi untuk tampil membantu siasatan dan kami akan berusaha menegakkan keadilan buat anjing-anjing ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed