by

Semua menteri diarah buat ujian Covid-19 – Adham

News Sources:

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan mengarahkan n semua barisan jemaah menteri diarahkan membuat ujian calitan Covid-19 susulan dua menteri Kabinet disahkan positif Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya kini dalam proses penilaian risiko bagi menentukan sama ada kesemua menteri perlu kuarantin di rumah atau menyertai program-program yang sudah dirancang kementerian.

Beliau berkata, arahan untuk ujian calitan itu sebagai langkah pencegahan dan pengawalan.

“Kami juga akan menjalankan penilaian risiko jangkitan menerusi ujian paras ambang atau ‘Cycle Threshold’ (CT Value) kepada semua Jemaah Menteri.

“Penilaian risiko akan dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dan mereka akan keluarkan garis panduan sama ada jemaah menteri terbabit perlu membuat langkah susulan termasuk kuarantin kendiri di rumah atau tidak menyertai mana-mana program kementerian,” katanya.

Beliau ditemui media pada program menandatangani perjanjian rasmi antara Persatuan Kebajikan McDonald Malaysia (RMHC) Malaysia dan KKM bagi menubuhkan Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah, di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Adham berkata, pihaknya akan memastikan sukarelawan yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjalani kit ujian pantas (RTK) bagi mengelak jangkitan Covid-19 di PPS pada masa depan.

“Kami tidak dapat memberi rumusan tepat kerana kebanyakan mereka (sukarelawan) yang datang ke PPS adalah mereka yang tidak bergejala.

“Mungkin pada masa depan, kita akan laksanakan RTK kepada sukarelawan ini khususnya jika mereka pergi ke kawasan yang berisiko tinggi wabak. Ia penting bagi memastikan tiada penularan kes Covid-19 di PPS pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan tujuh kes positif Covid-19 di salah sebuah PPS di Pekan, Pahang.

Ketika ditanya mengenai aktiviti pasaran gelap bagi penjualan vaksin Covid-19 secara atas talian seperti dilaporkan di luar negara, Adham berkata, pihaknya mengesahkan tiada laporan aktiviti penjualan vaksin itu di dalam negara setakat ini.

“Kita diperingkat kerajaan dan kementerian menetapkan bahawa hanya Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sahaja yang boleh meluluskan kemasukan apa-apa vaksin ke negara ini.

“Vaksin yang tidak berdaftar dengan NPRA tidak akan diluluskan dan dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Kit juga akan sentiasa memastikan penjualan vaksin tanpa pengesahan NPRA adalah satu kesalahan dan ia sama sekali tidak dibenarkan berlaku di negara ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed