by

Semua pemain, jurulatih badminton disahkan negatif

News Sources:

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah proaktif dengan menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas 64 atlet, jurulatih dan kakitangannya selepas pengarah kejurulatihan, Wong Choong Hann disahkan positif.

Ujian saringan itu menyaksikan kesemua mereka disahkan negatif.

BAM dalam satu kenyataan memberitahu, mereka sudah menjalankan proses sanitasi ke atas semua kemudahan yang di Akademi Badminton Malaysia (ABM) selain pembersihan secara harian bagi memastikan keselamatan semua.

Katanya, latihan untuk pemain senior akan berjalan seperti biasa hari ini dengan menggunakan pendekatan quarantine based untuk tempoh dua minggu, seperti yang diarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN).

“Atlet dibenarkan ke mana-mana kecuali ABM dan Stadium Juara.

“Hanya atlet dan jurulatih akan dibenarkan berada di gelanggang manakala kakitangan BAM hanya dibenarkan berada di pejabat ABM,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed