by

Senator PH Plus tegur Razali Idris, kritikan rakyat di media sosial bukan ‘sakit mental’ – JohorKini

News Sources:

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Senator Pakatan Harapan (PH) Plus menegur kenyataan Senator Datuk Razali Idris dari pihak kerajaan kerana mengguna ungkapan ‘sakit mental’ bagi menggambarkan kritikan rakyat di media sosial.

Senator PH Plus dalam kenyataanya berkata Razali sewajarnya lebih memperlihatkan kematangan sebagai Ahli Dewan Negara dan tidak menyalahgunakan frasa ‘penyakit mental’ sesuka hati beliau, tanpa sedikit pun rasa sensitif.

Senator PH Plus berkata, banyak pihak menderita menanggung kemurungan akibat ketidaktentuan ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Senator Datuk Razali dilaporkan berkata bahawa tindakan mengkritik kerajaan di media sosial adalah “…penyakit mental nombor satu yang memerlukan tindakan undang-undang yang lebih tegas dan efektif.”

“Kami, Ahli-ahli Dewan Negara PH Plus khususnya yang terlibat sebagai anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, ingin menzahirkan kekesalan kami yang amat dengan kenyataan Senator Razali Idris,” menurut kenyataan itu.

Razali dilaporkan mahu suatu rang undang-undang baharu berkait cercaan, hasutan dan carutan perlu diperkenalkan secara khusus atau melalui pindaan undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru itu Senator PH Plus membayangkan Razali begitu rentan dengan kritikan pedas rakyat Malaysia terhadap kelemahan kerajaan menguruskan wabak Covid-19.

Pandangan Razali yang sanggup membungkam hak bersuara rakyat Malaysia, bertentangan dengan peruntukan hak asasi yang dijamin teguh oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Senator PH Plus, Razali berhak bersuara sebagai seorang ahli Dewan Negara, namun tidak wajar bagi beliau untuk mewakili Kaukus apabila pandangan yang diutarakan adalah penuh kontroversi dan bersifat partisan.

“Seboleh mungkin, seluruh ahlicDewan Negara harus menyahut seruan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim untuk menjadikan Dewan Negara sebagai suatu medan yang lebih bi-partisan,” tambahnya lagi.

Kenyataan tersebut disokong oleh :

Senator Hjh Raj Munni Sabu (Kaukus)
Senator Liew Chin Tong (Kaukus)
Senator Datuk Theodore Doughlas (Kaukus)
Senator Ismail Yusop (Kaukus)
Senator DR Yaakob Sapari
Senator Dato Wira Marzuki Yahaya
Senator Waythaa Morthy Ponnusamy
Senator Dato Donald Peter Mojuntin
Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah
Senator Datuk Husam Musa
Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
Senator Manolan Mohamad
Senator Laksamana (B) Mohd Imran Abdul Hamid
Senator Dr Ahmad Azam Hamzah
Senator Lim Hui Ying
Senator Nga Hock Cheh
Senator Alan Ling Sie Kiong
Senator Adrian Banie Lasimbang
Senator Kesavadas Achyuthan Nair
Senator Suresh Singh

Johorkini



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed