by

Sengsara pemilik kebun hadapi banjir termenung

News Sources:

PONTIAN: Masalah takungan air selama beberapa hari di Kampung Tanjung Piai dan Kampung Chokoh, di sini ekoran banjir termenung menyebabkan penduduk yang mempunyai kebun menanggung kerugian.

Ini kerana, banjir berlarutan antara empat hingga lima hari itu menyebabkan tanaman seperti anak pokok pisang dan kelapa sawit yang digenangi air menjadi layu serta mati.

MANSOR MAHIDIN

Seorang penduduk, Mansor Mahidin, 70, berkata, pemilik kebun di kawasan tersebut sudah tidak mampu mengalami kerugian terutama melibatkan pokok-pokok yang baru ditanam.

Katanya, aktiviti pertanian adalah pekerjaan alternatif mereka yang sebelum ini menjadi nelayan namun disebabkan kawasan penangkapan semakin mengecil, mereka beralih ke bidang pertanian.

“Apabila bercucuk tanam berdepan pula dengan masalah banjir termenung membuatkan berasa seperti putus asa dan terpaksa turun semula ke laut walaupun pendapatan tidak menentu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.

Difahamkan, satu-satunya pintu air yang ada di Tanjung Piai ketika ini dibina dalam Projek Rancangan Johor Barat pada tahun 1970-an dan seharusnya dapat dinilai keberkesanan setelah 40 tahun berlalu.

Sementara itu, Senator Dewan Negara, Datuk Jefridin Atan berkata, kewujudan pintu air tersebut dipercayai tidak mampu menampung aliran air jika huja dalam tempoh yang lama dan terlalu lebat.

Justeru, beliau meminta Kementerian Alam Sekitar dan Air membina sebuah pintu air baharu di Perpat Timbul atau lebih dikenali sebagai ‘Benteng Dinding’ bagi mengelak berlakunya banjir termenung di Tanjung Piai.

“Aliran air untuk sampai ke pintu air di Tanjung Piai dianggarkan sejauh empat hingga lima kilometer yang menyebabkan berlakunya ‘banjir termenung‘ bagi tempoh agak lama dalam satu-satu masa.

“Diharap kerajaan dapat melihat masalah penduduk di Tanjung Piai yang sebahagiannya bergantung kepada pendapatan menanam tanaman kontan seperti pisang dan ubi selain kelapa sawit,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai berkata, dianggarkan kos bagi pembinaan pintu air baharu sekitar RM3 juta hingga RM4 juta bagi mengatasi masalah yang sekian lama dihadapi oleh penduduk kampung. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed