by

Seni silat Melayu perlu dipertahankan

News Sources:

MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menyeru semua pihak sama ada daripada warga persilatan mahu pun rakyat di negara ini agar terus memelihara seni mempertahankan diri iaitu silat Melayu sebagai budaya bangsa dengan lebih baik.

Menurut beliau, kejayaan seni silat Melayu adalah pemangkin kepada perjuangan, pengorbanan dan kejayaan pada masa hadapan justeru pelbagai aktiviti persilatan di peringkat akar umbi harus dipelihara dan diwarisi oleh anak cucu kita.

“Apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengiktiraf silat Melayu disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity pada 12 Disember tahun lalu, justeru semua pihak mesti membantu mengekalkan budaya bangsa ini terus mendapat tempat di persada dunia.

“Bukan mudah silat untuk mendapat pengiktirafan daripada UNESCO kerana usaha kita melalui Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kerana pengiktirafan ini telah memartabatkan warisan budaya bangsa kita di seluruh pelosok dunia,” ujarnya.

Mohd. Ali berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan silat sebagai Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity Unesco di pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Pesaka, Datuk Sohaimi Mohamed Shah, Pesuruhjaya Warisan merangkap Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mesran Mohd. Yusop dan Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Mohd. Ali yang juga bekas Presiden Pesaka selama lebih 13 tahun turut menyeru agar orang-orang silat di seluruh negara memainkan peranan penting sebagai benteng pertahanan negara selain mengembalikan zaman kegemilangan persilatan Melayu seperti mana di bumi Melaka yang lahirnya pahlawan seperti Hang Tuah dan lima bersaudara.

“Saya sendiri memberi sokongan yang penuh dalam apa juga usaha murni bagi mengangkat martabat silat di negara ini dan saya juga mahu guru-guru silat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa mempertahankan seni budaya bangsa ini,” ujarnya.

Sementara itu, usaha gigih Mohd. Ali sejak 2010 ketika itu sebagai Presiden Pesaka akhirnya mesyuarat Unesco di Bogota, Colombia dari 9 hingga 14 Disember lalu mengiktiraf silat sebagai Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.– UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed