by

Seorang maut, lori rempuh lima kereta

News Sources:

JEMPOL: Seorang lelaki maut dalam nahas enam kenderaan termasuk sebuah lori di simpang tiga di Kilometer 15, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.50 tengah hari, lima kenderaan lain yang terlibat ialah sebuah kereta Honda Civic, Proton Waja, Perodua Kancil, Proton Iswara dan Perodua Alza.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku selepas lori yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah Simpang Pertang menghala ke Kuala Pilah gagal mengawal kenderaannya.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, lori tersebut merempuh belakang kereta jenis Honda Civic dan kemudian merempuh lima kenderaan lain.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit dalam kenderaan,” kata beliau dalam kenyataan.

Kata Chang Hook, saringan air kencing ke atas pemandu lori mendapati lelaki itu positif methamphetamine.

“Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Chang Hook memberitahu, mangsa yang terkorban Normaheiran Mohamad, 47, yang  bekerja sebagai pemandu Majlis Perbandaran Jempol.

“Pemandu Proton Waja yang berusia 56 tahun pula mengalami patah kaki dan tangan manakala pemandu lain termasuk pemandu lori tidak cedera.

Katanya, semakan mendapati pemandu lori tersebut turut terlibat dalam kemalangan lain dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Kilometer 28 Bahau-Keratong dekat sini kira-kira pukul 9.30 pagi.- UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed