by

Shopee ejen kutipan zakat bukan amil – MAIPk

News Sources:

IPOH: Kaedah pembayaran zakat melalui aplikasi Shopee yang diperkenalkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hanya sebagai salah satu instrumen bayaran atau wasilah dan bukan dikategorikan sebagai amil zakat. 

Ini kerana semua pembayaran menerusi platform itu dipindahkan terus kepada akaun Pusat Zakat MAIPk melalui transaksi bank dalam talian pada hari sama dan bukan disimpan oleh pengendali platform tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, sehubungan itu dakwaan sesetengah pihak bahawa MAIPk  melantik Shopee sebagai amil adalah tidak benar sama sekali. 

Kata beliau, penggunaan platform pembayaran digital itu juga dibuat setelah melakukan kajian dan perbincangan sebagai satu inisiatif kepada pembayar zakat khususnya golongan muda.

“Syarat pelantikan amil bagi menguruskan zakat banyak diperbincangkan oleh para ulama dan ia telah menjadi suatu panduan yang dipersetujui ramai sehingga kini. 

“Sehubungan itu, bagi menguruskan hal-hal berkaitan kutipan dan agihan zakat semasa, sudah tentu MAIPk  mengamalkan inovasi dan pendekatan yang terkini mengikut keadaan semasa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2021 dan Sumbangan Kebajikan MAIPk di Hotel Casuarina, di sini hari ini.

Yang hadir sama  Yang DiPertua MAIPk, Tan Sri Dr. Wan. Mohd. Zahid Mohd. Noordin.

Menurut Shahrul Azam, pelantikan Shopee sebagai medium pembayaran zakat adalah sama sepertimana kebanyakan bank berdaftar di Malaysia dan pelbagai ejen kutipan seperti MYEG,  JomPay, Gopayz dan SnapNPay.

Beliau berkata, sebagai balasan daripada perkhidmatan yang disediakan pihak Shopee, MAIPk membayar caj perkhidmatan sahaja melalui peruntukan yang diluluskan.

Katanya, MAIPk mula melantik Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan pertama sejak tahun 2005. 

“Menerusi kajian kita, Shopee adalah platform pembayaran digital dengan kira-kira 1.2 juta pemegang akaun beragama Islam termasuk 200,000 di negeri Perak.

“Platform ini menjadi pilihan pengguna berusia antara 25 tahun hingga 35 tahun dan atas sebab itu juga kita memilih Shoppe bagi mensasarkan pembayar zakat bagi peringkat usia ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed