by

Siapa kata 189 bahagian UMNO tolak Bersatu?

News Sources:

PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa menyifatkan laporan media kononnya 189 bahagian UMNO mahu memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai agak pelik.

Malah bekas Setiausaha Agung UMNO itu mendakwa bilangan tersebut sengaja diperbesarkan bagi menunjukkan suara akar umbi parti berkenaan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.

“Jika dikatakan 189 daripada 191 bahagian, ia boleh dianggap sebagai hampir semua, walhal saya difahamkan hanya 99 bahagian sahaja buat usul tersebut,” katanya dalam nada hairan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini susulan pengguguran dirinya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan digantikan Datuk Seri Ahmad Maslan semalam.

Media kelmarin mendedahkan sumber UMNO memaklumkan sejumlah 189 bahagian yang mengadakan mesyuaratnya minggu lalu meluluskan usul tolak hubungan dengan Bersatu.

Ia dijangka menjadi isu panas bakal dibangkitkan perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara pada 31 Januari ini yang berlangsung secara maya buat julung kalinya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed