by

Simpan dan menang lebih RM88,888 melalui Gong Xi Ang Pow SSPN

News Sources:

KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 12 Februari ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM88,888 untuk 88 pemenang melalui kempen Gong Xi Ang Pow Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2021.

Tema ‘Gong Xi Save & Safe’  dipilih sebagai simbol keprihatinan PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran Covid-19.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, walaupun penularan Covid-19 telah memberi impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia dan tempatan, namun kepercayaan dan sokongan pendeposit kekal utuh untuk terus menyimpan dalam SSPN.

Sesi Facebook Live bagi Pelancaran Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN yang bermula 8 Februari 2021 sehingga 8 Mac 2021

“Kempen ini merupakan tanda penghargaan PTPTN kepada anda yang terus menyokong SSPN dan jangan lepaskan peluang, mungkin anda pemenang yang kami cari.

“Lagi banyak simpanan anda, lagi banyak peluang untuk menang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Saiful, kempen yang bermula pada 8 Februari hingga 8 Mac itu terbuka kepada semua pendeposit SSPN, iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus, dengan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM8,888.

Cara menyertai kempen itu dengan melakukan simpanan bersih serendah RM100 dalam tempoh kempen, pendeposit layak mendapat satu cabutan.

Pendeposit SSPN yang menyertai kempen itu bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah lumayan, malah mereka akan menikmati pelbagai keistimewaan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, akaun SSPN boleh dibuka untuk anak-anak seawal usia sehari.

Ucapan aluan oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dalam Pelancaran Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN yang diadakan secara atas talian

“Bagi yang telah menyimpan, teruskan menyimpan kerana anda adalah Super Hero kepada anak-anak.

“Sedikit pelaburan anda, tapi sangat besar maknanya pada mereka. Buka akaun atau tambah deposit dalam tempoh promosi dan anda secara automatik layak menyertai cabutan ini.” tegasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021, orang ramai boleh melayari portal di alamat www.lovesspn.com. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed