by

SKMM kaji benarkan pengguna kekalkan nombor talian tetap

News Sources:

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan rundingan awam mengenai kajian pelaksanaan FNP (Fixed Number Portability) yang akan berakhir pada 1 Mac 2021.

SKMM dalam kenyataan berkata, pelaksanaan FNP membolehkan pengguna mengekalkan nombor talian tetap sekiranya hendak bertukar kepada pembekal perkhidmatan baharu atau bertukar jenis perkhidmatan atau berpindah ke lokasi yang baharu. 

“FNP dijangka memberi lebih banyak manfaat dan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik. 

“Di samping itu, ia juga memberi ruang kepada persaingan yang lebih sihat berdasarkan kualiti perkhidmatan, pakej perkhidmatan dan harga yang berpatutan dalam kalangan pembekal perkhidmatan telekomunikasi,” katanya hari ini. 

SKMM mengharapkan maklum balas daripada semua pihak dapat membantu SKMM merangka pelan tindakan yang bersesuaian bagi menjayakan pelaksanaan FNP di Malaysia. 

Semua pihak dijemput untuk turut serta memberikan maklum balas melalui pautan dalam laman web SKMM. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed