by

SKMM keluar notis ancaman serangan laman sesawang organisasi tempatan

News Sources:

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan ancaman serangan laman sesawang organisasi negara ini.

 Ia susulan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerbitkan pemakluman berhubung isu sama termasuk pencacatan laman terlibat.

 “Selaras perkembangan itu, SKMM ingin menasihatkan organisasi serta pentadbir sistem dan laman sesawang di Malaysia supaya waspada,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

 Katanya, langkah itu, termasuk mengukuhkan dan mengemas kini segala perlindungan keselamatan aset-aset teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang sedia ada,

 Usaha itu khususnya yang mendepani pelanggan dan orang ramai selain memantau akses yang mencurigakan terhadap aset ICT termasuk pelayan, peranti serta rangkaian organisasi.

 “Jika wujud aktiviti mencurigakan atau serangan yang dikesan, organisasi serta pentadbir dan laman sesawang itu dimohon menyalur maklumat dan laporan kepada Nacsa,” tambahnya.

 Perkara tersebut jelas kenyataan SKMM, boleh diajukan terus kepada pautan https://www.nacsa.gov.my/incident_report.php untuk perhatian serta tindakan pihak Nacsa selanjutnya.

 Utusan Malaysia hari ini melaporkan amaran Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) yang mengingatkan semua agensi awam dan individu berwaspada menyelamatkan data mereka.

Ia melaporkan beberapa percubaan serangan bermula kelmarin sehingga 5 Januari ini yang jelas menyasarkan banyak laman organisasi penting khususnya Kementerian Pertahanan. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed