by

SKMM, polis siasat aplikasi Sugarbook

News Sources:

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau and menyiasat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) aplikasi Sugarbook dan akan mengambil tindakan terhadap pengguna dan pemilik platform itu sekiranya didapati melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang negara ini.

Jika terdapat unsur kegiatan pelacuran, tindakan lanjut akan dijalankan oleh PDRM.

Pada masa sama, ibu bapa dan penjaga pula dinasihatkan untuk sentiasa mengawasi tingkah laku dalam talian anak di bawah jagaan masing-masing dan peka dengan perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan keraguan.

SKMM berkata, selain daripada Sugarbook, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan perkhidmatan “dating service” atau percintaan dalam talian.

Oleh itu, pengguna harus sedar mereka mudah tertipu dan terdedah kepada risiko jenayah siber sekiranya tidak mengambil langkah
keselamatan siber dan kawalan kendiri.

Risiko scam percintaan (love scam) akan tertambah dengan terdedah juga kepada malware dan spyware, kebocoran maklumat peribadi dan gangguan seksual.

“SKMM ambil berat dengan gimik pemasaran laman cari teman Sugarbook baru-baru ini yang mendakwa semakin ramai wanita Malaysia, terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai Sugar Baby di laman aplikasi tersebut.

”Dakwaan seperti yang terdapat dalam gimik pemasaran itu perlu disiasat untuk disahkan kerana profil pengguna boleh
diolah sesuka hati untuk tujuan-tujuan yang berlainan termasuk untuk memperdaya mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, SKMM menasihatkan pengguna aplikasi Internet agar sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali contohnya di laman pencarian teman. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed