by

SOP rumah kongsi dikuatkuasakan bagi cegah penyakit

News Sources:

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mencegah penularan penyakit terutama Covid-19 dalam kalangan pekerja asing.

SOP tersebut adalah Prosedur Permohonan Permit Sementara Bangunan Bagi Rumah Pekerja Dalam Tapak Bina.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, penguatkuasaan berdasarkan Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) dijangka dapat mencegah penularan wabak penyakit selaras dengan Syor 115 (Syor Perumahan Pekerja 1961) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Ini kerana katanya, sepanjang tempoh penularan Covid-19, beberapa kes kluster tapak bina dikesan menunjukkan bahawa pekerja tapak bina terutamanya warga asing adalah golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak itu.

“Risiko penularan semakin serius disebabkan oleh kaedah penginapan secara beramai-ramai atau bersesak-sesak dalam satu-satu unit kediaman selain tahap kebersihan premis yang rendah. 

“Prosedur ini menterjemahkan dengan lebih jelas peruntukan undang-undang sedia ada yang terdapat dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zuraida berkata, perundangan membenarkan pendirian rumah pekerja binaan di atas tapak binaan yang diberikan kelulusan Kebenaran Merancang, namun ia hendaklah mendapat kelulusan Permit Sementara yang boleh dikeluarkan bagi suatu tempoh terhad oleh PBT.

Katanya, terdapat juga UUK 13 dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang mana PBT boleh memberi kebenaran khas untuk memulakan kerja-kerja bangunan lebih awal, dengan syarat permulaan tersebut tidak akan melanggar peruntukan Akta atau Undang-undang Kecil yang berkaitan. 

“Beberapa penambahbaikan dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan proses permohonan permit sementara juga telah digariskan iaitu penyediaan carta alir yang seragam dan penyelarasan senarai semak dokumen dan permohonan Kebenaran Khas memulakan kerja bangunan secara serentak dengan permohonan Permit Sementara.

“Penyediaan senarai semak pematuhan kehendak bomba sebelum pengemukaan permohonan kepada PBT dan pengecualian rujukan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan ulasan serta pengurangan tempoh proses kelulusan Permit Sementara dari 33 hari kepada 10 hari,” katanya. UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed