by

SOP Tahun Baru Cina, PM dengar luahan ramai

News Sources:

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menasihati masyarakat Tionghua bersabar dan menunggu pengumuman terkini berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina daripada kerajaan tidak lama lagi.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin prihatin dan mendengar luahan serta kekecewaan pelbagai pihak berkenaan SOP perayaan yang diumumkan Khamis lalu.

“Kerajaan telah mendengar suara anda. Kebimbangan ini boleh diatasi dengan pelaksanaan cara yang selamat. Marilah kita semua bersabar dan izinkan pengumuman rasmi dibuat tidak lama lagi,” tulisnya dalam media sosialnya hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP sambutan Tahun Baru Cina khususnya sambutan makan besar dan upacara sembahyang yang menjadi amalan kaum Cina hanya boleh dilaksanakan di antara ahli keluarga yang berada dalam satu rumah sahaja.

Susulan itu, pelbagai pihak memberikan respon negatif yang membangkang SOP tersebut.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MCA tak minta rentas negeri cuma mahu kerajaan laksana SOP seragam



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed