by

SPPP buka peluang 180,000 individu termasuk pelajar

News Sources:

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40 sekali gus membuka peluang kepada 180,000 individu termasuk pelajar untuk menceburi bidang perniagaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya bersama agensi di bawahnya sentiasa menekankan peri pentingnya ease of doing business dan lowering the cost of doing business’ dan SPPP adalah salah satu manifestasi kepada kedua-dua falsafah tersebut.

Katanya, pendaftaran perniagaan sekarang diberi percuma (pengecualian fi pendaftaran) kepada golongan sasar B40 yang ingin memulakan perniagaan dan yang belum pernah mendaftarkan perniagaan mereka.

“Ini akan membolehkan mereka memperoleh akses kepada pelbagai dana dan pinjaman yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan bagi kelangsungan operasi perniagaan mereka dalam suasana sukar dan mencabar berikutan penularan pendemik Covid-19.

“Tahun ini, SSM menyasarkan seramai 30,000 usahawan akan merebut tawaran ini. Skim ini dilancarkan pada 23 Disember tahun lalu, kini merangkumi semua bakal usahawan golongan B40 dan tidak lagi terhad kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander berkata, sejak dilancarkan, 1,066 permohonan diluluskan daripada golongan pelajar, 830 permohonan daripada golongan belia B40 dan 73 permohonan daripada golongan ibu tunggal B40 menjadikan keseluruhan 1,969 usahawan telah mendapat manfaat darinya.

Katanya, syarat bagi usahawan golongan B40 seperti pemegang MyKad atau MyPR; berusia 18 tahun ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan; mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi Golongan B40 dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

“Bagi pelajar pula, pemegang MyKad atau MyPR; berusia 18 tahun ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan; pengajian belajar atau kursus secara sepenuh masa di mana-mana institusi pengajian tinggi dalam negara dan tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

“Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my manakala orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat SPPP juga boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada [email protected],” katanya.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed