by

SPRM tahan dua pegawai Maqis Johor

News Sources:

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor kerana disyaki terlibat aktiviti penyeludupan bahan mentah di negeri ini.

Kedua-dua orang kena tuduh (OKT) itu ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Kedua-dua mereka yang berusia 27 tahun dan 31 tahun terbabit ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 11 malam tadi bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Kedua-dua OKT akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed