by

SSM naikkan nilai ambang keberhutangan hingga RM50,000

News Sources:

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menaikkan nilai ambang keberhutangan di bawah Seksyen 466 Akta Syarikat 2016 daripada RM10,000 kepada RM50,000 untuk mengurangkan tindakan penggulungan terhadap syarikat. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tempoh untuk menjawab notis tuntutan oleh sesebuah syarikat dipanjangkan kepada enam bulan berbanding 21 hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, SSM juga memberikan kadar pengurangan kompaun iaitu maksimum 90 peratus daripada nilai asal kompaun terhadap kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016 sehingga 30 Jun 2020. 

“Kompaun atas kelewatan pembaharuan pendaftaran perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dalam tempoh PKP juga diberikan pengecualian iaitu dari 17 Mac hingga 31 Disember 2020,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan daripada Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkenaan inisiatif atau skim yang disediakan oleh SSM untuk membantu peniaga dan usahawan tempatan yang terjejas akibat PKP.

Dalam pada itu, Alexander berkata, SSM akan merangka kaedah yang bersesuaian bagi membolehkan golongan usahawan belia dan ibu tunggal dalam kumpulan B40 mendapat manfaat skim pendaftaran perniagaan percuma. 

“Usaha SSM memperluas inisiatif pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan belia dan ibu tunggal B40 ini bakal mencetus minat berniaga serta menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan ini.

“Menceburi bidang perniagaan dan menjana pulangan pendapatan tambahan dapat menampung kehidupan seharian mereka seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan di negara ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

The post SSM naikkan nilai ambang keberhutangan hingga RM50,000 appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed