by

Stok darah Johor membimbangkan

News Sources:

JOHOR BAHRU : Stok bekalan darah di negeri ini mencatatkan penyusutan mendadak pada bulan ini sehingga menimbulkan kebimbangan kekurangan bekalan pada masa akan datang. 

Pusat Pendermaan Darah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu disebabkan permintaan penggunaan darah yang tinggi pada bulan ini, namun, stok juga merekodkan terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu. 

“Sejak PKP dilaksanakan Mac sehingga bulan lalu, bekalan darah berada di paras selamat dan optimum berkat sumbangan penderma darah yang amat baik hati.

“Namun, pada bulan ini menyaksikan penurunan stok darah yang agak mendadak sehingga menimbulkan rasa khuatir daripada pihak kami berikutan penggunaan darah yang agak tinggi permintaannya.

“Peningkatan kes Covid-19 di Johor pada bulan ini menyebabkan beberapa kempen derma darah berskala besar ditangguh atau dibatalkan. Situasi ini menyukarkan pihak hospital untuk mendapatkan stok bekalan darah pada kadar selamat dan optimum,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, walaupun stok bagi darah jenis A, B dan AB berada pada paras selamat hari ini, ia tidak semestinya kekal berada pada paras yang sama pada hari seterusnya.

Jelasnya, stok bekalan darah jenis O berada di paras sederhana yang memerlukan pertambahan dalam masa terdekat. 

“Pihak kami menyeru penderma semua jenis darah hadir ke Pusat Pendermaan Darah HSA di sini bagi meningkatkan kembali stok darah ke paras selamat dan optimum,” katanya. -UTUSAN ONLINE

The post Stok darah Johor membimbangkan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed